Jumaat, 31 Mei 2013

Setiap yang Kenapa Walau Tak Pernah Ditanya


kenapa tak pernah marah walau ditipu?

jawapan aku mudah
aku tahu aku ditipu, dan aku halalkan untuk ditipu
kerana aku percaya kau punya sebab untuk menipu
dan aku sentiasa kata ;
Tak apa aku tak kisah.

kenapa tak kisah dipijak?

jawapan ini ringkas
selama mana mampu kau pijak?
aku tanya kembali

kenapa tersenyum walau keadaan tidak aman dalam diri?

jawapan tepatnya
ini ubat.

kenapa tak bercerita rahsia?

jawapan senang.
mana nilai rahsia jika dibuka?
tapi mungkin segelintir sudah mendapat kisahnya.
kerana rahsia kita.
bersama. *tapi bukan semua

kenapa tak kisah untuk janji yang sengaja dilupa?

kau tahu manusia itu sifatnya pelupa?
atau mungkin kau terlupa manusia itu terlupa
aku juga selalu terlupa macam kau juga.
janji itu sudah hilang rasa.
melainkan kau teguh dan bersungguh.
aku tunggu untuk percaya.




mari senyum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan