Khamis, 28 Februari 2013

Terbanglah



Bawa aku pergi
terbang masuk ke dalam pelangi
biar dihujani
seribu warna mimpi
agar aku tahu ceritakan ke realiti
tentang indahnya dunia pelangi
biar semua dikalangan kita ini
mengayuhkan kaki berlari
melompat untuk sama tinggi
ke sebuah destinasi hakiki
dalam senyuman manis sekali

dan berkali-kali--

untuk sebuah kehidupan realiti.


Rabu, 27 Februari 2013

Catatan Senja


Semakin rancak
para maharaja sedang bergurau manja

Sampai masanya
seorang bendahara berkata
sudah lama bertapa
ayuh ke musolla.

--gerak bergerak

Selasa, 26 Februari 2013

Suara Pagi


Pada lorong sedepa dua
manusia si kusut masai datang bertapa
terhoyong-hayang
dalam langkahan gila pertualang

Pejam rapat
mulut ketat

Sehingga tersedar

dan kini giliran dia.
oh dia punya giliran.

Isnin, 25 Februari 2013

Lara Malamnya


Lewat malam
kabus kelam

Manusia itu teraba-raba
dengan gapaian tangan meneka-neka

Ternyata
kodeks itu tercerai
dalam halaman yang terberai
kerana gengaman tangan serangkai

Punah
seranah jiwa parah

--Pecah

Dia tak gagah



Ahad, 24 Februari 2013

Coklat


Hari ini
coklat--

Kelmarin
coklat--

Esok
mungkin coklat lagi--

Limpahan coklat ikut musim
Kan ada masanya
coklat langsung tak terhidang

Masa itu mulut akan sentiasa menyebut
"lapaq cekelet"

Sabtu, 23 Februari 2013

Selamat Ulangtahun Beta.


Terima Kasih Tuhan sekalian alam.
Terima Kasih Ayah dan Bonda.
Terima Kasih orang di kiri dan kanan.

Dan

Selamat bertambah usia diri beta.

// Dalam 22tahun berapa banyak telah aku beri dari aku terima?




Jumaat, 22 Februari 2013

Sesalan


Campaklah paling jauh
agar kau kenal manusia itu

dan

Suatu hari
aku rasa kau akan ada sesal
walau sekelumit

percayalah

Khamis, 21 Februari 2013

Semester Baru


Semua masih sama

kawan
makanan
baju

oh ya semangat bagaimana?

hahaha
*gelak kecil

Rabu, 20 Februari 2013

Pengakhiran Sebuah Permulaan


Ternyata

Membuat konklusi itu lebih sukar
Walau sebenarnya permulaan sudah tersiar

Dan

Tafsiran itu terus dibuat
Sehingga
Yang benar itu tersingkap

Selasa, 19 Februari 2013

Terima Kasih Dan Maaf

Terima Kasih
Untuk itu

Tapi

Maaf
Tersudut di benak hati kecil
Tak punya rasa gembira

Ampunkan beta



Sekitar 01022013
Puncak malam

Isnin, 18 Februari 2013

Ahad, 17 Februari 2013

Senyum Sepasang Mata


Mata itu
senyum paling manis
mungkin dia suka
walau tak dilontar dengan kata

Mata itu memberitahu sesuatu
seluruh semesta yang berlalu sudah tahu
tentang mata kamu itu!

Sabtu, 16 Februari 2013

Klasifikasi Sekeliling


Baju putih
seluar khakis
kelihatan kemas
senangnya mata memandang

Tapi tak kenal pun siapa dia
duduk ketawa

Manusia
punya mata yang tahu
mengklasifikasikan sekeliling
walau tak pernah kenal siapa

Jumaat, 15 Februari 2013

Tunggu


Tunggu
sampai jadi tugu
membatu
sampai tingkat satu
mahu
sampai tiada malu

Keterlaluan!

Khamis, 14 Februari 2013

Waktu Itu


Waktu munculnya kita tak pernah tersedar
waktu itu mungkin leka
waktu itu mungkin lena
waktu itu mungkin lali
waktu itu mungkin tuli

Dan
waktu seperti itu
tak akan pernah muncul selalu

Andai dapat dihentikan waktu
mungkin terlalu banyak masa yang mahu
terutama yang sudah berlalu

Rabu, 13 Februari 2013

Hati Itu Terus Begitu


Hati itu tetap begitu
dia pilih tenang
kita doakan tenang

Semoga semuanya senang
semoga jalan itu lapang
walau ranjaunya itu masih panjang


Selasa, 12 Februari 2013

Isnin, 11 Februari 2013

Dugaan


Kau diduga
lemparan bara ke atas muka
sampah sarap bersisa-sisa
air ludahan mandian hina
kau tercela
-di mata mereka

Biarkan

Ahad, 10 Februari 2013

Karenah


Karenah budak kecil
terlihat paling
comel

Karenah si tua bangka
terlihatnya paling
?

isikan tempat kosong.

Sabtu, 9 Februari 2013

Buat Apa?


Buat apa menjolok langit
kalau bumi kau tak mahu pandang?
buat apa menggoncang bulan
kalau bintang kau tak mahu pegang?
buat apa berenang di lautan dalam
kalau muara pantai kau tak pernah selam?

Buat apa?

Jumaat, 8 Februari 2013

Masanya


Ada masa
tekak akan sakit
hidung akan berair
mata akan berhujan
badan akan panas

Dan
itu tandanya -- demam
badan kau mahu rehat!




Khamis, 7 Februari 2013

Pelangi


Pelangi tujuh warna
cantik malahan aneh juga

Lagi aneh
bila ada orang cakap

"tunjuk lah dekat pelangi, nanti jari kudung".

Boleh tanya sekejap?
ayat ni rujuk kat mana eh?



//mitos-mitis

Rabu, 6 Februari 2013

Tapak Kaki


Dengar bunyi tapak kaki
oh!
masih ada orang lagi kawasan ini.

Aku kata aku sendiri
rupanya aku salah lagi



Selasa, 5 Februari 2013

Perut


Bangun
tidur

bangun semula

perut tengah marah

sebab;

semalam makan megi

--ok tak makan dah

perut dah ok?

tak ok jugak!



Isnin, 4 Februari 2013

Laskar


3 orang laskar
sedang jaga keamanan

dan
angan-angan laskar itu terhenti
selepas
mereka tahu bukan mereka bertiga saja
malam itu



Ahad, 3 Februari 2013

Status


Hal yang facebook selalu tanya.


How's it going, Shanas?
What's going on, Shanas?
What's happening, Shanas?
How are you doing, Shanas?
How are you feeling, Shanas?



Write a comment.



Sabtu, 2 Februari 2013

Terjemah


Senyum
tangis

Dua hal yang mampu
menterjemahkan kata-kata

Gembira atau sedih

Jumaat, 1 Februari 2013

Manusia Itu


Gagah dia
pernah menangis juga

Garang dia
Pernah setakut-takutnya juga

Dan
dia manusia yang pernah
korban jiwa
Walau
dia pernah menangis dalam ketakutan nyata.

Dia kesatria