Isnin, 31 Disember 2012

Milo Susu


Bancuhan paling pekat.
Panas-panas sedap.
Oh ya, milo dan susu tepung saja.
Gula tak perlu.

Sesedap rasa bancuhan milo itu,
Jari aku menari.
Sambil menikmati.

Milo susu aku suka walau tiada gula dan sepertinya aku tetap merasa manis dalam setiap tegukannya.
Magis.




//Indah itu bila kita suka,bukan bila mereka suka.



Ahad, 30 Disember 2012

Salji


Gerimis dilangit aku pandang bagai salji.

Sejuk membeku.
Tangan jadi kaku.
Baju tebal selalu.
Wap dari mulut mereka dan aku.

Satu sudut;
Kepal-kepal ais jadi bola.
Bulat ada tak berbentuk pun ada.

Baling tepat pada mereka.

Derai ketawa.-kami bertiga
Konon-konon paling bahagia.

Kalaulah sini bersalji.

Heh khayal lagi!

//Tetap pilih hujan batu. Tahu?



-beberapa hari lepas

Sabtu, 29 Disember 2012

Senyum Itu Bawa Derita


Bagaimana senyum itu bawa derita?
Bilamana,
Senyum itu senyum palsu,
Kelatnya kau rasa.-Sendirian
Deritalah namanya.

Bagaimana senyum itu bawa derita?
Bilamana,
Senyum itu senyum paksa,
Manisnya tiada rela.-Hempedu
Deritalah namanya.

Deritalah jiwa.
Belangsukawalah sendiri.
Rasa yang ada itu mati.
Layu.-Tak seperti selalu.


Tiada tumbuh lagi pelangi sehingga derita itu pergi.-Dengan rela hati


//izinkan laluan berliku berlalu.




Jumaat, 28 Disember 2012

Hiba Dia


Helaan nafas berkabung.
Berdetik hiba.
Sepertinya alam sedang menyeru tentang itu.

Tiupan bayu itu sedang menghembus hiba keruang udara.
Tolong tinggalkan dirinya bersendiri.

Dia mahu waktunya untuk sepi.


//hiba itu tidak panjang - sekaliannya berharap.

Khamis, 27 Disember 2012

Bintang


Tak semua bintang terang itu jadi pilihan.
Dan tak selalu cahaya itu berpanjangan.

Kadang yang malap itu lebih bercahaya.
Dan cahayanya tahan lama.




//cahaya-cahaya itu sedang menembusi para pemikir.


Rabu, 26 Disember 2012

Genting



Puncak selalu dipandang. -tinggi
Mahunya didaki.
Tapi malas.

sampai bila nak macam tu?
ini waktu genting tahu?
panjat cepat!


//marah diri.kasihan kan

Selasa, 25 Disember 2012

Yang Baik itu Masih Ada



Satu.
Senyum itu masih ada walau kita bukan sebangsa.

Dua.
Terima kasih itu masih ada walau kita berbeza agama.

Tiga.
Tolong-menolong itu masih ada walau dengan si tua muda.


//senyum-senyum.-tanda sedang ceria. hai bean


Lokasi: Deli Country.

Isnin, 24 Disember 2012

Akur


Aku ikut saja,
Jika ini jalannya.

Atas sana tahu apa yang bawah sini perlu.



Ahad, 23 Disember 2012

Hamparan liku



Aku mahu jalan siap,
Tapi aku belum bersiap.

Maka jika aku minta jalan,
Pastinya belum tersedia,
Kerana,
Aku masih belum bersedia.


//persiapkan yang belum siap.sediakan yang belum bersedia

Sabtu, 22 Disember 2012

Aliran


Pemikiran yang mahunya selari,
Beriringan dengan kehendak zaman.

Jangan lupa satu perkara,
Maujudkan rasional untuk setiapnya,
Agar keteralpaan itu sentiasa tergugah.

Kerana manusia ini katanya leka - sentiasa


// Menerawang.

Jumaat, 21 Disember 2012

Perihal Si Kecik


Tentang umur,
Hanya angka katanya.

Tentang jiwa,
Dewasa selalu katanya.

Tentang hidup,
Pendek katanya,

Tentang jalan,
Tiada pintasan katanya.

"semakin bertambah umur, semakin dewasa jiwa dan pendeknya jalan yang tiada pintasan ini."


//Selamat Bertambah Usia Ara.-sedang rindu zaman kita.


Khamis, 20 Disember 2012

Kisah Klasik


Memori.

Tertutup rapi.
Ada tak pernah basi.

Kisah kita,kawan.

Pesta itu, sentiasa.
Gembira itu, selalu.

Berjauhan.-kini

Kisah kita,kawan.

Berlima.

Dan sekarang itulah kisah klasik kita.- bawa ke depan



//them

Rabu, 19 Disember 2012

Sesak


Untuk kesekian kalinya.
Aku mohon lagi.
Buka kusutan itu agar terurai.
Terus mengurai.

"Rabbi yassir wala tu'assir"
"Ya Allah, permudahkanlah dan janganlah Engkau susahkan".



//jasad disini,jiwa mana hilang?




Selasa, 18 Disember 2012

Ubat



sakit hati itu punya ubat?


simpan jika itu hasad,
ganyang lumat jika itu dengki,
tanam rapat jika itu benci,

Simpulkan dan ikat mati.
Baling tengah lautan mati tak berpenghuni.

Lumrah hidup insani,
Dicaci sedang diri sendiri tak disedari.


Astaghfirullah

Begitu.Begini.
Dikiri.Dikanan.
Kita.Dia.


serupa dalam situasi berbeza?



// redha. bukan kalah. sama-sama tak sempurna.


Ahad, 16 Disember 2012

Terasing


Bukan mudah,
Bukan senang,

Golongan terasing - Adakah kita dalam kelompoknya?

Doalah kalian mudah-mudahan,
kita sebahagian dari golongan itu,

Pada titik terakhir nanti.
Pada 1 jalan yang terpilih itu.


//(11:120)



Sabtu, 15 Disember 2012

Peraturan


Dalam hidup ada peraturan.

Satu.
Peraturan Tuhan punya,
Kita hamba wajib patuhinya.

Dua.
Peraturan manusia cipta,
Manusia cipta, manusia langgar.

Lumrah.

Dan ada juga yang melanggar kedua-duanya. - Kita


Jumaat, 14 Disember 2012

Kuat


Kuat,

bukan hanya pada fizikal,
bukan hanya pada jasad,
bukan hanya pada jiwa,
tapi - kesemuanya.

Kamu tahu,
menangis itu juga tanda kuat,
tanda kita sedang mampu jadi kuat,
sedang mahu jadi kuat,
sedang berada dalam kekuatan.

Resah sedang berlalu,
kalah sedang terbang,
punah sedang pergi,
ranap sedang berlari. - jauh-jauh.

kawan, kamu tabah.
saya tahu tentang itu.



//doa-doa itu sedang menuju kamu. sekeluarga.




Khamis, 13 Disember 2012

Manis

//1


manis untuk 121212.    
petang tadi        



berdua.
hanya berdua.
tapi bukan bercinta.
kerana kami masih sama jantina. -hahaha

//terima kasih daun keladi - lain kali belanja lagi  :)




Rabu, 12 Disember 2012

Dua Belas


121212.

tarikh yang mana sekali saja ada dalam seumur hidup kita.

istimewa?
mari lalui bersama.
mari kita lihat bagaimana keadaannya.
mari kita catat tentangnya.

ayuh kemari.

semoga sarwajagat mendoakan tentang kesejahteraan kita.- bersama
bukan hari ini saja,
tapi buat selamanya.

InsyaAllah.




Selasa, 11 Disember 2012

30 Ribu


mesej diterima.
aku menang 30 ribu katanya.
mudah sangat.
promotion,
siap nomber siri,
nomber telefon office pun ada.

boleh aku tanya?
tak bagi pun aku nak tanya jugak.
duit mana boleh jatuh dari langit dengan senang lenang?
30 ribu pulak tu.


//tak ada apa yang senang kalau tak usaha.






Isnin, 10 Disember 2012

Pada Harinya


Dan pada harinya,
Kita menunggu.

Dan pada waktunya,
Kita terbaca,
Cacian,
Kita mendengar,
Makian.

bersulam.

derai ketawa.

tingkat sana,
tingkat sini.

sama.

Dan pada akhirnya,
Kita bersyukur.

selesai. - walau bukan semua


Ahad, 9 Disember 2012

Kesal?


Pada mulut - ya.
Pada hati - tak tahu
Pada jiwa - entah

serba serbi tak kena.

ilusi.
konfrontasi dalam diri.

lepaskan--

untuk kali ini.

kali ke seratus lapan puluh satu perpuluhan lima enam tiga. - ya mungkin




Sabtu, 8 Disember 2012

Waktunya


*duduk terpaku

Mimpi?
Realiti?

kaget--

Kami mahu,
Mahu jika itu realiti.
Kami mahu,
Mahu jika itu bukan fantasi.

Kami mahu.

Tunggu--

Mahunya apa lagi?



Jumaat, 7 Disember 2012

Sang Wira


Masa aku ada,
Tapi aku rasa pendek.

Tenaga aku ada,
Tapi aku rasa penat.

jari jemari,
anggota badan,
minda,
tenaga,
bergabunglah sekaliannya.

agak-agak boleh jadi sang wira sekejap?
untuk minggu mendatang ni seminggu saja.


//monolog

Khamis, 6 Disember 2012

Gundah-gulana


Bentangkan satu tikar,
Untuk dia duduk melakar,
Bahu kamu dia bersandar,
Resah dia yang sedang terlantar.

Lemah katanya,
Penat katanya.

Dia sedang gundah-gulana.
Tersudut menungkan tentang jiwa.
Yang tak akan mudah untuk dibicara.

Terbang;
Hilang;
Melayang.


Gundah itu pergi bersama.
Sedang pergi bersama.






Rabu, 5 Disember 2012

Teguran


Manusia dan teguran,
Suatu keperluan,
Bilamana yang malas itu diutamakan,
Yang rajin itu disambilewakan.

Tak salah menegur sesama kita,
Asalkan teguran itu membina.

Menerima teguran dengan berlapang dada - Selamat menjadi manusia dewasa.

// :)




Selasa, 4 Disember 2012

Rindu


nak dibeli tiada,
nak dijual tiada,

Mahal.

nilai bukan dengan dolar Amerika,
hatta ringgit Malaysia,

Terlalu berharga.

dipenuhi kejujuran,
dicampurkan kasih sayang,

Indah.

depan mata tiada,
dekat hati merasa,

Abstrak.

Pada setiap jiwa akan merasa,
Rasa yang sama pada cara yang berbeza,

//Rindu-sebahagian daripada kita. Kita semua




Isnin, 3 Disember 2012

Tembok


siapa bilang tentang tembok?
siapa bilang tentang dinding?
siapa bilang tentang penghalang?
siapa?

Bukan aku,
Bukan mereka,
tapi kamu.

kenapa kamu bilang itu?
kenapa bicara tentang itu?
kenapa?

pada setiap tanda tanya itu punya jawapan,
dan jawapannya pasti berbeza untuk setiap kita.

harapan aku cuma satu,
baling rasa itu,
campak paling jauh,
buang paling dalam,
humban paling bawah.

tenteram.

basuh rasa kamu,
agar,
kita semua masih satu.

dan masih seperti dulu.



//kita yang akan sentiasa ada - rasa




Istimewa


Aku senyum panjang.

Benarnya,
Tak pernah rasa gembira macam ni.
Tak pernah rasa suka macam ni.
Tak pernah.

terima kasih.
thank you.
syukran.

Rasa terbang seketika.
hah bagaimana tu?


//Dedicated to : She.



Ahad, 2 Disember 2012

Jalan Pilihan


Depan aku ada dua,
Pintu mula yang sudah terbuka,
Pilih kanan atau kirinya,
Itu saja pintu yang aku ada.

Ikut dia aku masuk lorong,
aku takut.
Ikut mereka aku masuk gua,
aku takut.

Ikut hati,
perginya mati.
Ikut jiwa,
perginya melara.

Jawapannya pada aku.
Mahu sesuatu,
Buatlah sesuatu.

Duduk.Tunggu - sampai bila.

Gunung tak akan terdaki kiranya mulut menyebut mendaki,
Laut tak akan terenang kiranya mulut menyebut berenang.

Lepaskan ikatan, buka simpulan - terbang

Selamat kepergian.



Sabtu, 1 Disember 2012

Ulangtahun


Selamat ulangtahun sayang,

"Berjaya di dunia dan di sana.
Membahagiakan kedua orang tua.
Srikandi berguna.
Marhaenis berjiwa dewasa."

-Ini Mohonku.

Dalam kain putih itu,
Ada sejuta warna,
Tujuan satu saja - merasa pada setiapnya.
Warna yang keruh itu buangkan.
Warna yang jernih itu pupuk-pupukkan.

Semoga yang sedang diucapkan itu untuk kamu,
Hanya kamu- gadis ayu di usianya



//Dedicated to : Mia Zara. (ulangtahun ke-2)



Jumaat, 30 November 2012

Kita


Pada yang mula itu kita sama,
Pada yang kini kita sedang serupa,
Pada yang akan datang kita pula bagaimana?

Hilang?
Jangan.
Jauh?
Jangan.

Biar tak nampak tapi selalu dekat.
Biarkan berterusan.

Selamanya.
Berkeinginan.





//Sebuah kisah klasik untuk masa depan - Sheila On 7


"Bersenang-senanglah 
Kerana hari ini yang akan kita rindukan 
Di hari nanti sebuah kisah klasik untuk masa depan 
Bersenang-senanglah 
Kerana waktu ini yang akan kita banggakan di hari tua"







Pada Sekeping Hati


Duhai hati,
Bersabarlah pada sekaliannya.

Duhai hati,
Izinkan rasa bertapak pada jiwa.

Duhai hati,
Kuatkan aku pada rasa yang berdampingan.

Dan

Pada setiap apa yang mendatang,
Moga ditambahkan kekuatan.



//Semoga esok lebih baik pada hari ini.
-Bermohon




Khamis, 29 November 2012

Graviti


Letak kaki aku tak terbang,
Darat menanti tempatku bersimpang,
Lariku begini,
Lariku disini,
Masih pada tempat ini,
Arahnya aku tak pasti.

Graviti.
Tetap.
Tak berubah.
Hanya pada saatnya kita merasa.
Tapi bila?

Jangan tanya,
Tak akan ada jawapannya.
Tak tahu mana hujung pangkalnya.

Ini tempat kukuh.
Tempat kita sama berdiri.
Teguh.
Dan bergraviti.
Sana dan sini.


Selamanya?
mungkin






Rabu, 28 November 2012

Kawan


terima kasih,
terima kasih,
terima kasih.

terima kasih untuk itu dan ini.
terima kasih kawan !

lebiu

*annoying tak? haha




Selasa, 27 November 2012

Si Pemegang Pena dan Buku



Kerana pena dan buku itu,
Dia sedang jadi manusia,
Belajar jadi manusia,
Dari mula dulu dia yang tak ada apa,
kosong.

Tak apa masih punya masa - katanya.
Benar.

Objek biasa yang beri makna pada dia.
Pena dan buku.

//Terima kasih ujarnya -
 berjubah putih dan sentiasa dibarisan hadapan.


Isnin, 26 November 2012

Diperguna


Aku punya harta - kata kau
Aku diperguna.

Aku punya ilmu - kata kau
Aku diperguna.

Aku punya ikhlas - kata kau
Aku diperguna.

Kenalilah aku dengan tidak punya apa,
kerana apa yang kau nampak bukan aku punya.
Bukan.

Jangan pergunakan aku,
kerana aku tak punya apa macam kau kata.

Sudahlah,
Pergi sana jauh-jauh,
Sini kawasan orang yang tak punya apa-apa.

Orang macam kau jemput berambus!

*tegas





//Ini bukan kisah aku
-Ini kisah dia yang dalam 'cerita' yang sering rasa diperguna.





Pada Setiap Rasa


Kita manusia biasa,
Tahu apa itu rasa,
mengerti pada setiap rasa,
memahami pada sebuah rasa,
memiliki semua tentang rasa.

Dan rasa itu terzahir dari perasaan;
Tahu?

Lumrah,
Terasa,
Merasa.

Dan sepertinya;
Rasa itu indah.

Kalau tiada rasa mana mungkin senyum itu terukir,
Kalau tiada rasa mana mungkin tangisan itu bergema,
Kalau tiada rasa mana mungkin dua jiwa bersua,
Kalau tiada rasa mana mungkin manusia itu hadir.

Itu norma kehidupan atas paksi sfera yang kompleks.


Keterjumpaan yang sekejap


Hari ini,
Pagi ini,
aku jumpa dia,
dia yang berhati waja
dan sedang tumbuh melata atas dunia buta.

Keterserempakan itu hanya pada maya.

Teruskan perjuangan kawan.
Walau kita tak pernah jumpa,
Walau kita tak pernah kenal,
Walau kita tak pernah apa-apa bersama.

Aku akan sentiasa doa perjuangan kau,
Juga seperti mereka yang lain-lainnya.
Yang sentiasa berjuang.
Sepertinya kau seorang marhaenis muda.

Teruskan.
Wahai srikandi muda berjiwa dewasa!

*membayangkan suara lantang itu singgah di cuping telinga secara realiti





Ahad, 25 November 2012

Peluang Kedua


diludah.
dihina.
dimaki.
dicaci.

Dan setelah itu diminta untuk peluang kedua.

Memaafkan itu;
Mungkin.

Menerima semula;
Mana mungkin.

dan inilah keadilan yang kau mahukan.

selamat menerima - karma




-Istanbul, Aku Datang.

Sabtu, 24 November 2012

Sampah


Sampah,
kau lihat mereka macam sampah.
Tak dipandang walau sekelip,
Dan
Tak mungkin untuk kau renung untuk kesekian masa.

Pada kau,
mereka sampah yang dah tak guna.
kelar-kelar kalau kertas,
robek-robek kalau plastik,
pecah-pecah kalau kaca,

Dan kau hanya pandang mereka;
Sampah.

Heh mereka manusialah!

Sudah-sudahlah menyampahkan manusia serupa macam sampah kalau kau pun sebenarnya sedang buat orang menyampah dengan falsampah kau yang benar-benar sampah pada mata yang mana kau anggap sampah dan kaulah sedang menjadi sampah yang sebenar-benar sampah.

mari sini,
aku ikat kau masuk dalam tong sampah !

Berbahagialah dalam sana!




Jumaat, 23 November 2012

Bukan Amarah


jangan kata aku halang,
suruh pun tidak !

jangan kata aku menang,
lawan pun tidak !

jangan kata aku jalang,
kenal pun tidak !

jangan kata aku pailang,
bertentang pun tidak !

jangan tuduh aku sebarangan.
jangan.
boleh jadi kau yang sedang diperkatakan.


Khamis, 22 November 2012

Pada yang Mahal


CINTA

kau ingat itu senang nak ucap?
kau ingat itu mudah nak ludah?
kau ingat itu sambil lewa nak luah?

dan

itu sebenarnya susah.

kerana harganya mahal.
pada aku,
mungkin bukan pada kau.

sebab

tak mudah macam nak mengucapkan - hai!
yang mana semua akan senyum pada setiap sapaan.

boleh jadi saat kau ucapkan itu - Cinta
semua orang akan
melopong.

dan seraya berkata

gila.







Maha


Kehadapan Tuhanku,

Untuk kelmarin aku bersyukur,
Untuk hari ini aku bersyukur,
Untuk esok aku bersyukur.
Kiranya ada waktu.
Dan aku tetap akan terus bersyukur.

Terima Kasih untuk kasih kepada hamba-Mu ini.
Alhamdulillah, Syukur!



Para-Para


luhur bahasa,
dan tak punya apa,
selain;
teguhnya pada

YANG MAHA PENCIPTA.

Secangkir Kopi


hirup.
sedut.
segar.
straw besar.

bola-bola ditelan.
sekali untuk kesemua.
kenyal.

Ini kopi kegemaran kakak.

Cucina italiana~ 

Cinta

CINTA
sangat luas.
luas macam luas yang kau fikir sekarang.
luas bukan?

CINTA
Manusia sesama manusia.
Ada yang tak kekal - Bf ,gf
Ada yang kekal - anak- makayah, kawan karib

CINTA
Manusia dan binatang
Ada yang penyayang
Ada yang membenci

dan berapa banyak pun kau cakap tentang cinta,
kau masih ada cinta yang sebenar-benarnya,
cinta yang perlu kau tuju,
cinta kurang satu dari seratus,
cinta yang perlu kau singkap dalam 70 000 hijab,
cinta yang bawa kau menuju sana,
cinta yang boleh bagi kau syurga hakiki,
cinta yang paling suci,
cinta paling abadi.

dan itulah
Cinta dari Ilahi.

Apa kau rasa kau dah dapat?





Retak


mahu dipakai.
mahu.

mahu melihat masa.
mahu.

dan jam itu dipakai
dan dilihat masanya

tap.
jatuh ke lantai.
sebelum sempat dipakai sempurna.

aku rasa tak ada apa.

angkat dan lihat.

RETAK.

macam hati aku.


Rabu, 21 November 2012

Sabar


Sabar.

Dan pasti,

senyuman akan terus menguntum.

Walau sepahit manapun.

Dalam Perjalanan


Aku sedang tahu --ambil tahu
Rupanya kau tengah dalam perjalanan.
Perjalanan yang aku jangka makan masa.

tak apa.

moga selamat.

Dan aku akan terus berhenti.

untuk,
kisah,
dongeng,
yang,
tak,
ada,
erti.


Senyum Pagi


banyak sebab untuk senyum pagi ni.

dan,

aku harap senyum ni sampai bila-bila.

semoga Tuhan, izinkan aku.

Selasa, 20 November 2012

Pengumuman


Sah.
Tak baca pengumuman tu.
Bukan aku tapi -- Kau

Hilang pergi mana?
Bertapa apa lama-lama

Oh ya pengumuman!
cari si mangsa yang hilang,
upahnya,

satu;
senyum.

dua;
terima kasih.





Bulat


bulat-bulat kompleks.
bercantum --

jadi sfera.

hujung sana,
hujung sini,
kita tetap jumpa.



Kuda


"aku nak cari kudalah kat uni kita ni."

kuda yang kau boleh kudakan?

mari sini aku ajar,

bukak tirai dan terjun ikut tingkap.
selamat jumpa kuda di sana.
tempat panas aku jangka.


mak kau suruh datang sini bukan untuk mencari kuda jadian.
Paham?


Kata Dua

kau pilih ya atau tidak?

hanya dua sahaja pilihan kau ada

hanya dua.
untuk satu.

dan kau akan rasa

TIADA PILIHAN.


Ringkas


suka,
buat.

tak suka,
diam.

ini hak,
hak untuk suka atau tidak.

siapapun.