Jumaat, 31 Mei 2013

Setiap yang Kenapa Walau Tak Pernah Ditanya


kenapa tak pernah marah walau ditipu?

jawapan aku mudah
aku tahu aku ditipu, dan aku halalkan untuk ditipu
kerana aku percaya kau punya sebab untuk menipu
dan aku sentiasa kata ;
Tak apa aku tak kisah.

kenapa tak kisah dipijak?

jawapan ini ringkas
selama mana mampu kau pijak?
aku tanya kembali

kenapa tersenyum walau keadaan tidak aman dalam diri?

jawapan tepatnya
ini ubat.

kenapa tak bercerita rahsia?

jawapan senang.
mana nilai rahsia jika dibuka?
tapi mungkin segelintir sudah mendapat kisahnya.
kerana rahsia kita.
bersama. *tapi bukan semua

kenapa tak kisah untuk janji yang sengaja dilupa?

kau tahu manusia itu sifatnya pelupa?
atau mungkin kau terlupa manusia itu terlupa
aku juga selalu terlupa macam kau juga.
janji itu sudah hilang rasa.
melainkan kau teguh dan bersungguh.
aku tunggu untuk percaya.




mari senyum.


Rabu, 29 Mei 2013

Selasa, 28 Mei 2013

Benci Untuk Terasa


benci untuk terasa--

aku percaya
setiap dari kita punya rasa benci
benci untuk terasa
--lembik

tapi bagaimana harus disalahkan rasa?
hmm..

hey hati,
sudah-sudahlah berkecil hati !



Isnin, 27 Mei 2013

Dimana dan dimana


usah dicari
kerana
boleh jadi
muncul masalah
yang lainnya

dimana rasa faham kita?

Ahad, 26 Mei 2013

Random #3



'A friend should be one in whose understanding and virtue we can equally confide, and whose opinion we can value at once for its justness and its sincerity.'- ROBERT HALL

Sabtu, 25 Mei 2013

Kerusi Kosong


bertanya sang manusia,
kosongkah kerusi di sebelah kamu?
aku tersenyum dan membalas,
kerusi ini ada penghuninya,
seperti dijanji.

itu dia
hala jariku
dalam lautan umat manusia.

kabur tapi ada.
seperti dijanji.




Jumaat, 24 Mei 2013

Bum Bop


Teruk kan bila telinga aku dengar lirik salah

lagu ni hah


HERE'S TO NEVER GROWING UP - Avril Lavigne


aku dengar macam perkataan 'bum bop' untuk lirik ni

With the boom box blaring as we're falling in love


teruk kan telinga aku.. 

sori lili.. hahaha




Khamis, 23 Mei 2013

Sistem


Kalau sistem tak bagus
nak buat macam bagus,
ada baiknya
naik taraf sistem jadi bagus.

dan

ramai orang akan puji dengan sistem yang bagus,
bukan hina.

oh ya,
ini cuma pendapat.


Rabu, 22 Mei 2013

Kuat Makan


aku rasa aku kategori kuat makan.

makan sampai licin.
tak membazirkan.

hahaha

Selasa, 21 Mei 2013

Kesat



kesat ada dua.

kesat permukaan
macam permukaan yang tak licin

satu lagi kesat kata-kata
maki la maksud aku.

ok?


Isnin, 20 Mei 2013

Sarapan


Aku tak suka sarapan.
tapi kalau makan tengah hari aku paling suka.

nikmat
dan
jimat

hahaha.....

Ahad, 19 Mei 2013

Lagak


Jalan mendabik dada
bagai tiada gentar untuk dicerita
kerlingan mata yang tajam
bagai mahu membunuh setiap yang disegenap alam

Jangan lupa
Atas sana

MAHA SEGALA


Sabtu, 18 Mei 2013

Para Penakluk Mimpi


kita para penakluk mimpi
yang mana mimpi tak mati
sedang diri tak disedari
apa itu mimpi atau realiti

dihapus mimpi itu biar tiada
sedang hati mahu untuk selalu ada

mimpi--


Jumaat, 17 Mei 2013

Khamis, 16 Mei 2013

Bukan yang Ini


Banyak di depan
tapi
bukan yang ini

Banyak di belakang
tapi
bukan yang ini

Jadi yang mana satu?


Rabu, 15 Mei 2013

Kunci Kebebasan



Kamu sudah boleh terbang.
tapi jalan lupa pulang.

Selamat Malam.



//Semoga sentiasa dibawah rahmat-Nya. kamu, ya kamu yang membaca pada hari kamu bukan biasa.

:)




Selasa, 14 Mei 2013

Maafkan Hamba


Maafkan aku.

sekali lagi.

Bersama bau yang bersisa ini.

Untuk dikenang,

Pada malam ini ;

Mungkin sampai nanti.



Isnin, 13 Mei 2013

Satu Rasa Celaka


Kenapa mereka?
bukan kita.

Untuk setiap jari yang menunding
beri perhatian pada jari yang tertunding

Salah kita
--buat lupa
salah mereka
--hebahkan pada dunia

oh tercelanya,
siapa?

Kita,
kita,

Kita semua.

Ahad, 12 Mei 2013

Random #2



'Marah itu mudah. Tapi marah kepada siapa, dengan kadar kemarahan yang tulen, pada saat dan tujuan yang tepat, serta dengan cara yang benar itu yang sulit.' -ARISTOTLE



Sabtu, 11 Mei 2013

Bersila


Bagaimana mahu dikhabarkan rasa
jika waktu tak pernah ada

dan selalu tiada

pada akhirnya

duduk diam-diam.

Jumaat, 10 Mei 2013

Jika Mahu


Jika mahu
jangan dihalang
beri saja
supaya tak terhalang

Rasa tenang terus
bukan kepalang.


Khamis, 9 Mei 2013

Lanyak


Disampah-sampahkan aku seperti
aku ini
tak pernah
rasa apa.

Terlupa?

Aku juga manusia.
punya rasa halus
--halus.

Rabu, 8 Mei 2013

Untuk Yang Selalu


Terima Kasih
Dan
Terima Kasih.

Ucapan semahal penghargaan.

Dan

Terima Kasih.

selalu.

Isnin, 6 Mei 2013

Ini Kisah Orang Kita


Aku mengutuk kamu sekeras-kerasnya
tapi aku mengguna kamu secukup-cukupnya

bukankah kamu sudah memberi manfaat kepada aku.
--aku tiada rasa syukur

hina

Aku itu kita.
Kamu itu orang dalam kalangan kita.

Ahad, 5 Mei 2013

Beradu


sebelum siang datang menyeberang
ada jasad yang sedang ketiduran

lelah.

Sabtu, 4 Mei 2013

Random #1



'I'm not concerned with your liking or disliking me. All I ask is that you respect me as a human being.' - JACKIE ROBINSON



Jumaat, 3 Mei 2013

Ada Yang Tak Kena


Rasa sesuatu
tapi tak pasti
apa rasa aku ini
pasti
atau masih samar-samar lagi?

macam sekarang.

Spagheti Olio yang tak kena rasanya.
tapi aku bedal saja.

diikutkan saja rasa perut yang lapar.

Aku lapar bukan kau lapar.
Dapat?

Khamis, 2 Mei 2013

Kenapa Ada Kenapa?



Terdiam
terpaku
duduk membisu

Apa aku sudah tak punya suara?
apa aku ini punya sudut untuk dicela?

ya, aku ini bukan bidadari besi.
sekuat jisim bersatu

--longlai

Tapi ingatlah aku masih punya hak bertanya;
--KENAPA

sampai jawapan itu ada.