Ahad, 31 Mac 2013

Kuku Kaki Dia Putih


Kawan aku
Mula tidak keruan
Bila hasil selidik di google
Menunjukkan yang negatif belaka.

Dengan tenang aku jawab
"Percaya sangat dengan google.
google ja pun"

Heee.. tenang sikit kan?

Sabtu, 30 Mac 2013

Kaku


Dan sekarang aku sudah bagai tak mahu apa,
melainkan idea yang mencurah-curah
sebelum mata jadi parah
dan
ketiduran.

hailaaa...


//psttt : banyak kerja tak siap tapi otak sudah beku. harap seketika

Jumaat, 29 Mac 2013

Mahu Tidak Mahu


saat datang tidak mahu
kau akan tolak
kerana
waktu itu
-tidak mahu

saat perginya tidak mahu
kau mahu ia datang
tapi ia tak akan datang
kerana
waktu itu
-tidak mahu itu sudah tidak mahu

maka;
tolak tidak mahu dan jangan mahu
atau terima tidak mahu dan mahu.


//berapa banyak mahu?

Khamis, 28 Mac 2013

Berapa-Berapa


"Serasanya dia mahu untuk terus berlagu,
jadi manusia yang direstu hidup di bumi satu,
serasanya dia mahu untuk terus tertawa.


Sampai satu masa,
dia kan tersedar,
dan menangis sendiri."



By; Petak Daud

Selasa, 26 Mac 2013

Balang Hati


datang
dengan satu rasa

pulang
dengan dua rasa

suka atau duka?

kau keliru?


Isnin, 25 Mac 2013

Kita Ada Yang Sama


Setiap kita saling ada
ya manusia satu semesta punya
cerita tinggi rendah
cerita besar kecil

Dan setiapnya punya perkaitan.

--ego

Ya aku salah.
Ampun.

Jumaat, 22 Mac 2013

Sudah Mengerti



Aku sudah mengerti
setiapnya.

Langit hari ini
tak sama seperti semalam.

--mengertilah hamba.

Khamis, 21 Mac 2013

Kawan dan Kawan-kawan


Kawan,
bilamana kau melekat dengan seorang saja.
rugi

Kawan-kawan,
bilamana kau berkawan dengan ramai manusia
untung

Tapi,
bilamana kau punya kawan-kawan yang bukan kawan
dan
kau akan rasa kawan sahaja lebih bermakna

oh ya
vice-versa.



Rabu, 20 Mac 2013

Selasa, 19 Mac 2013

Tafsiran Tak Seperti yang Dibaca


Hipothesis
Bukan selalunya betul

Konklusi
Tak selalunya Tepat

Aku salah baca
aku salah tafsir
dan
aku salah paham
aku salah anggapan.

Isnin, 18 Mac 2013

Berlian


Kilauan berlian di balik awan
tengah malam
siapa nampak?
selain kami bertiga


Ahad, 17 Mac 2013

Selera


Maafkan aku semua - makanan
Aku tiada selera barangkali

Rezeki kau ulat
makanlah

Dan sebenarnya aku membazir.

arghh dizzy.



//Oh ya tapi ini bukan hari ni.

Jumaat, 15 Mac 2013

Khamis, 14 Mac 2013

Ayahanda dan Bonda


Jamahlah separuh dari jiwaku
kerana aku sudah tak punya apa
untuk membalas jasa
dan
cinta kalian berdua

Aku punya Dia
yang aku mohon untuk menjaga kalian selamanya
dalam doa
dalam sujud
dan
pada setiap masa
mohonku selalu.

oh ayahanda bonda!


//mengimbau.

Rabu, 13 Mac 2013

Rentas Masa


Bercerita tentang masa kedepan
yakinlah aku tentang ketakutan
tetapi kaki ini tetap mahu berjalan
kerana jiwa tak mahu ketinggalan
dan aku sentiasa berkeinginan
untuk mencari sebuah kemajuan

tentang usia
aku tahu akan bertambah dan berkurang
pada angka ia bertambah
pada jalan nyawa ia berkurang

Mahu atau tidak
siapapun tak punya pilihan
berjalan dan terus tinggalkan silam

apa aku masih seperti yang sama?


//Dipinjamkan bahu untuk menangis atau gembira.Waktu itu mungkin

Selasa, 12 Mac 2013

Rahsia Yang Bukan Rahsia


Kalau bercerita tentang rahsia
aku yakin
takkan ada manusia yang tahu
apa rahsia kamu

melainkan
kamu berkongsi cerita
sehingga tidak ada apa lagi yang digelar rahsia.


//bercerita




Isnin, 11 Mac 2013

Kakak

#Trio

Kakak

Tahu apa itu cinta?
bila aku sayang kau orang yang diantaranya
bila aku kasih kau antara yang diatasnya
bila aku rindu kau antara manusia layaknya

Dunia,
aku punya dia
yang tahu sayangkan aku
aku punya dia
yang curahkan aku segala
aku punya dia
yang tak pernah serik membela
aku punya dia
seorang kakak yang Tuhan kurnia.

Aku punya dia
Kakak aku.

Tuhan,
aku layangkan doa
untuk kakak aku yang aku sayangkan
Berbahagialah kakanda beta
terima kasih kerana aku masih punya kamu



Ahad, 10 Mac 2013

Candu


Bukan ganja
bukan drama korea
bukan milo susu
bukan kopi capucino

bukan semua itu

*fly

Sabtu, 9 Mac 2013

Seorang Maya


Bercakap soal maya

liriknya
olahannya
nilainya

dan pada aku terbukti
itu tulus

Jumaat, 8 Mac 2013

Perjuangan


Dan hidup itu perjuangan
mahu atau tidak
kau tak ada pilihan

dan

aku rasa lebih baik
ia-kan saja
dan aku pasti lebih tenteram rasanya.

Khamis, 7 Mac 2013

Rabu, 6 Mac 2013

Kotakan Kata


Berjanji di atas pelbagai nama
dan pada akhirnya
tiada apa

janji itu dimungkiri
diri sendiri

mana kau yang mahu kotakan kata?

Selasa, 5 Mac 2013

Jalannya


Dia tak nampak masa depan
kerana
baginya apa yang penting untuk masa sekarang
memberi manfaat masa hadapan.



//Dia berusaha

Isnin, 4 Mac 2013

Ahad, 3 Mac 2013

Mimpi Semalam


Embun melekap di tapak tangan
dipadang rumput yang luas
dia berbaring

sejuk

dirasakan kawasan ini tak punya sapa
hanya dia sahaja
berbahagia

dan

lantas dia terbangun

ah!

ini mimpi dia yang sama.

Sabtu, 2 Mac 2013

Fakir Duniawi


Dia fakir duniawi
mengalah
dan semestinya dikalahkan

Dia tak punya banyak kata
kata dia ini semua tak punya harga

Dia hanya mahu satu perkara
berkasih dengan Pencipta
biar terjamin dia disana

dan dia sedang berusaha.

Jumaat, 1 Mac 2013

Hati Kering


Sudah jauh kaki itu melangkah
sehinggakan dia lupa
tentang hati
-katanya

dan
bila dia sedar
rupanya
dia sudah tak punya hati.

Kerana
hatinya sudah mati

-ditindas para duniawi.