Khamis, 11 Julai 2013

Kasihan


kasihan aku
tiada makan seistimewa kamu di tanah sendiri
aku masih di tanah penjara damai

kasihan aku--

tapi;

dari kasihan sama aku
lebih tinggi kadar baiknya jika kasihankan mereka disana
ditempat merusuh sana
ditempat tembakan peluru tak bermata sana

apa hari ini mereka sudah menjamah sahur ?

maka--
bersyukurlah kita.
masih punya segala.



Rabu, 3 Julai 2013

Iklan Digi


Takkan terpisah.

empat sekawan gila-gila rambut tak sama tapi satu kepala tak sedarah tapi bersaudara; sumpah untuk bersama-sama.

takkan terpisah.

biar tsunami melanda; pusing dunia berjanji setia; susah senang kami menang.

takkan terpisah.

ibarat KL dengan traffic jam; burung biru dengan muka buku tetap rapat.

kami hebat.

macam budak hipster dengan jeans ketat takkan koyak takkan goyah takkan terpisah kami buddyz; bersama selamanya.

kami riuh; kami gempak; ngam ngam macam segiempat tepat suara berbeza pilihan sama fahami jiwa tanpa suara.

kami sembang; gaduh sms kutuk lepak sebab kami muda sekali je; bersama mencipta menggegar dunia.

kami bebas; merantau merata-rata merayau-rayau mencari jati diri; bersama selamanya.

kami buddyz.

kami takkan terpisah.. 

Selasa, 2 Julai 2013

Jenis yang Berjenis


kawan,
ada dua
satu--
berjenis

dua--
tak berjenis

kalau hal baik dia tak mahu kongsi untuk kebaikan bersama,
agak-agak dia jenis satu atau dua?



Ahad, 30 Jun 2013

Jawapan Yang Mengiyakan

ada hal kadangnya
kita berkata
tidak

sedangkan hati berkata
ya


"disebalik gelengan aku ada anggukan juga"




Sabtu, 29 Jun 2013

Tiada Tahu


Pada satu tarikh yang tak pasti
akan datang suatu hari

gegak gempita bumi....

Jumaat, 28 Jun 2013

I / Eu / Ik / Ben


keras kepala--
sudah tentu rebelnya tinggi.

itu aku.

bila sudah jatuh mahu
sudah tentu mahu

itu aku

kamu kenal siapa aku?

tak minta diikutkan kehendak
sekadar difaham -- sendiri
cukup.

kuat menguji dan diuji
selalu.

pada akhirnya aku ini masih aku
yang cuma difaham sendiri





ini benar hari ini.