Selasa, 30 April 2013

Sorak


Bersorak.
tanda kemenangan tak berpaksi.

Tong sampah hitam
tempat rezeki.

si burung hitam
si burung gagak.

Isnin, 29 April 2013

Teratai Bunga Indah


lotus

tengah tasik
sedang mekar
tak ada bau
tapi
punya warna menarik

Tasik Chini tasik naga.

--repek

Ahad, 28 April 2013

Kala Angin

Kala deru angin singgah menyapa
Kala itu juga aku terlupa

Aku punya perkara yang harus disegera.

dan bersegeralah.

Sabtu, 27 April 2013

Seni


Seni
Ada banyak jenis.

Bukan sekadar
Lukisan.

Setiap kita
Pasti
Punya
Sedikit seni.

mungkin?

Khamis, 25 April 2013

Rabu, 24 April 2013

Sedang Hujan


Hujan sedang turun--
dia jadi gundah

Hujan sedang turun--
dia jadi parah

Hujan sedang turun--
dia jadi sedar

pakaian diampaian tak diangkat lagi.

homaiii..(!)

Selasa, 23 April 2013

Setiap 12 Malam


pada setiap 12 malam
gadis itu bercerita

kalau bukan cerita dia
mungkin cerita adaptasi semasa
disekeliling dia.

Dan dia
tak rasa jemu.

biar begitu.
selalu.
mungkin.

Isnin, 22 April 2013

Secret


Kalau rahsia itu bukan rahsia,
kita panggil apa?

cerita yang diusungkah ?

Ahad, 21 April 2013

Sabtu, 20 April 2013

Jumaat, 19 April 2013

Khamis, 18 April 2013

Kertas Warna Biru


1000 kebencian
dalam gumpalan kertas berwarna biru itu

sudah-sudahlah membenci
dengan membenci tiada satu perkara lain
yang akan tercela
melainkan
anda jiwa terdera

Rabu, 17 April 2013

Pada Yang Tidak Perlu Gusar


Buat apa gusar?
kerana bukankah kamu punya langkah itu?
susun atur
gerak tari
langkah kaki
dengan izin-Nya
bukan sesiapa dari kalangan mereka
untuk mencatur congak segala.

Selasa, 16 April 2013

Perkara-perkara Kecil



Ada orang hanya pandang perkara besar sahaja

perkara-perkara kecil campak mana?

Isnin, 15 April 2013

Untitle


senyuman bayi-bayi
atau senyuman budak-budak
tersangat ikhlas

dan

senyuman mereka menenangkan


//terapi jiwa

Ahad, 14 April 2013

Cahaya :)


cahaya apa yang mampu dihidu?

cahaya hatinya kah?
ok epic fail

hahaha

Sabtu, 13 April 2013

Jurnal


Jurnal si gadis;

jalan-jalan ini berapa lama lagi?

: selagi kamu masih di atas bumi

Khamis, 11 April 2013

Fitrah


Kembalilah kepada fitrah.
ya fitrah manusiawi.

"Sesungguhnya bagi kamu ada contoh yang sebaiknya pada Rasulullah …" (Surah al-Ahzab: Ayat 21).

Rabu, 10 April 2013

Huru-Hara


bila hati mengeletis mahu belajar
akan datang dari satu sudut lainnya berkata
'online' dulu.
mengadap entah apa-apa kemudian tersedar
eh sudah jam berapa?

salah siapa setan atau kita?

setan.

dan

kita.




//dengg..

Selasa, 9 April 2013

Hatinya Terkubur Di Teluk Aden


Diceritakan semula.

berulangkali

sehingga

setiap darinya

sudah mengerti

ini tentang dia yang mati hati.

Isnin, 8 April 2013

Dalam Satu Nota


nota itu sudah basah
akibat hujan

dan
hati dia sudah remuk
setelah melihat nota itu

Dalam satu nota punya hati dia.





Ahad, 7 April 2013

Marah Tanda Sayang?


Aku rasa marah ibu tanda sayang
tapi marah orang lain tanda apa?

tanda seru (!)


Sabtu, 6 April 2013

Untuk Yang Punya Halangan


Dan setiap halangan punya kesan yang baik untuk ke peringkat seterusnya.

benar.

matang
kuat
gagah
gigih
setia
semangat

gabung semua sekali
lihat hasil, mungkin?

Jumaat, 5 April 2013

Best From Senioritas

ini untuk kawan katanya ;

Kau ada dia,dan aku pnya kamu,
Cerita kita tiada rahsia



Khamis, 4 April 2013

Suka Yang Tak Suka


duduk tertunduk
leher menegang

dan aku tahu
ini jiwa sudah hilang

dalam lamunan panjang

ayuh, kita minum secawan nescafe yang bukan pilihan.


Rabu, 3 April 2013

Dalam Saku Ada Cermin


jiwa berkasta setinggi tapak kaki
dikelaskan padanya mengikut hati
tanpa sedar manusia ini punya hati
tertahankan kerana rasa yang masih ada simpati

kasihan

bila cerminan itu terpantul pada diri.

--jangan lupa dalam saku sendiri punya cermin peribadi

Isnin, 1 April 2013

Terpulanglah


"bencilah aku jika dengan membenci aku mampu membawa sejuta kebaikan untuk dirimu. Aku rela dan aku sedia membantu"



-TN
sayap gagah yang selalu mati kata mereka.