Khamis, 31 Januari 2013

Mata Tua


Memandang aku penuh redup
sejenak kemudian
tersenyum.

Masih seperti selalu
bercerita perihal lama
yang tak pernah mati diminda

Katanya itu cinta dia.

--perlahan-lahan
sepasang mata sedang berkaca.


//Damailah.


Rabu, 30 Januari 2013

Koma


Bukan noktah
cuma
koma

Ada kata itu bayang putih
tempat nyata dan tempat sana

Dan
koma itu cuma ada dua peluang
teruskan atau tinggalkan

Dia dapat peluang untuk teruskan


//Alhamdulillah

Selasa, 29 Januari 2013

Rumah


Rumah kecil--

Dekat sawah
dekat sungai

Keliling menghijau
aman
nyaman

Rumah kecil--

Tempat pesta masa muda
nikmat seketika
dirasa lama

Rumah kecil--

Tempat lihat bulan
tempat rasa air hujan

Mana ada rumah kecil semacam itu
Tak akan ada

Maksud aku sekarang.



Isnin, 28 Januari 2013

Bisik



Malaslah,
apa?

Malaslah,
apa?

Bisik bertanduk
cuba ditunduk
ditepis
digilis

Mulut
terkumat kamit.

tiada bisik lagi
--bisik bertanduk sudah pergi

Ahad, 27 Januari 2013

Lanyak


Adakah dengan menjatuhkan
manusia yang lain,
kita akan mampu berdiri teguh?

Tak mungkin langsung.

Kalau berdiri mungkin tak lama
pada akhirnya,
rebah tersungkur.






Sabtu, 26 Januari 2013

Hakikat


Manusia itu bukan seperti haiwan
maka;
jangan dibandingkan manusia dengan haiwan.


Jemput guna segala akal.
oh manusia.

Jumaat, 25 Januari 2013

Ratah


Dua jiwa
sedang diratah hujan.
dan angan-angan.

Dan berharap hujan itu
tak mahu berhenti.

Tapi
hakikatnya hujan akan berhenti
dan angan-angan tak pernah mati.

Khamis, 24 Januari 2013

Pedas


Gelodak
melonjak

Dua hal.
hanya dari satu rasa.

Dan pastinya--
puas.

Rabu, 23 Januari 2013

Karat


Karat besi lama
tak punya harga
barang sepuluh sen dua
tak punya beza.

Karat otak manusia
tak mampu digilap jika tak mahu
tak mampu diasah jika membatu
tak mampu diguna jika tak perlu

karat itu tetap sama
jika tiada perubahan dilakukan ke atasnya.

Selasa, 22 Januari 2013

Jangan Takut


Ayesha,
jangan takut
luar sana cerita realiti
bukan mimpi.

Ayesha,
jangan takut
bonda kamu ada
menjaga kamu sentiasa.

Ayesha,
jangan takut
pilih bukan bayang
pilih paling terang.

Ayesha,
jangan takut
kuatkan setiap langkah
dunia kita sedang berpecah belah
jadilah pemberani yang menegakkan kalimah--

Sampai bila-bila.

Ayesha--


Isnin, 21 Januari 2013

Gagah


Berotot,
dia tiada.

Bertulang timah,
dia punya.

Berurat gangsa,
dia ada.

Berkudrat emas,
dia cuba.

Dan dia wanita gagah.



Ahad, 20 Januari 2013

Kata-Tuli


Kata manusia buat kita tuli.
bagaimana?

Setiap kali jeritan itu terluncur
kau jangan pekakkan telinga
tapi kau buat telinga paling luas
kau tak perlu telan
anggap saja;
itu angin bayu.

Kau lempar senyum
senyuman terpaling manis
senyuman terpaling kuat
dan
nescaya;
kau manusia yang berbahagia.

Kata-kata mereka tak buat kau jatuh,
kata-kata mereka tak buat kau dijulang.

ternyata tak beri makna.

Konklusi;
kata-kata mereka tak beri kesan apapun.
walau seperca.



Sabtu, 19 Januari 2013

Tanah Pertama


Tanah utara,
tempat kaki mula bertapak,
tempat tangan mula menulis,
tempat mata mula meneka,
tempat segalanya bermula.






Jumaat, 18 Januari 2013

Solusi Mandiri


Sendirian yang bukan berseorang,
rumah kosong tempat berjuang,
runtun hati bukan kepalang,
asal juara mata bergenang.

Detik-detik pilu,
sendiri selalu,
jasad terpaku,
rasa bagaikan berteleku,
singgah dan hinggap memaku.

Ranap.

Tapi kau harus tahu,
ini bukan sesuatu--
untuk harus kau terus buntu.

Masih ada caranya.




Khamis, 17 Januari 2013

Menemui Ayahbunda






//Karya kak Fynn yang spontan dan sangat best. 
hayati dan aku rasa boleh jadi ada yang menangis.

Rabu, 16 Januari 2013

Janji



Janji dikata,
harap dikota,
mohon termakbul,
segala perkataan yang sudah terpacul.

Janji kita satu,
cuma satu.

Tak ada dua.
mahupun tiga.

Kali ini kita janji.
harap menjadi.

Bukan bermaksud menolak,
tambahan aku bukan cuba berganjak,
disini aku tersudut memacak,
aku cuma berharap pada yang berhak.

Aku akur pada janji.
Sungguh untuk kali ini.




08012013
sekitar lima petang.
InsyaAllah.

Selasa, 15 Januari 2013

Saling Berpandangan


Mata
saling
berpandangan.

Salah kau,
salah aku,
salah kita?

Saling menolak.

Atau
mungkin
salah aku,
tak,salah aku.

Saling merebut.

Aku dipagar.
berdiri satu kaki.
perlahan.
Tak mahu jatuh,
kiri.
kanan.
Tak-mahu.

Aku sebenarnya tak berada di situasi.
Jadi,
maaf,
Aku mahu berdiam diri.


//belajar dari kesilapan, saling memaafkan. Masa akan pulihkan keadaan. Aku harap.

Isnin, 14 Januari 2013

Putih Coraknya


Corak masih tiada
tangan masih memeluk dia sampai lena
tangisan berbahagia
senyum ke telinga

Itu bayi kecil.




Ahad, 13 Januari 2013

Tentang Rasa


Rasa--
sepertinya itu tentang 'sesuatu' dalam hati,
tak akan pernah nampak melainkan melalui ekspresi,
pada air muka dan pada setiap bahasa jiwa sendiri.

Siapa tiada rasa?
angkat tangan laju-laju,
aku mahu tahu,
apa kalian itu batu?

Tipu--

Mana ada manusia yang tak punya rasa,
sampai bilapun rasa itu akan tetap ada,
dan mungkin akan hilang tiba-tiba.

Perlu tahu,
ada manusia yang berkongsi rasa bukan selalu,
dipendam untuk lupa,
digenggam supaya rasa tak pernah ada.
disimpan untuk jadi pengajaran sebelum tua.

Rasa dan kita adalah satu.





Sabtu, 12 Januari 2013

Sampai Suatu Hari Nanti


Bila sampai suatu hari nanti,
ada manusia akan lupa tentang ini,
tak suruh diingatkan,
tak minta didekatkan,
tak mahu dijadikan santapan.

Biar berseorangan.

Dan pada masa itu,
aku masih seperti selalu,
berdendang tanpa nyatakan lagu,
itu semua tentang aku,
tentang aku yang tak selalu mahu diteka,
tentang aku yang sentiasa mahu ceria katanya,
tentang pelbagai kata yang singgah diminda,
tentang cerita yang selalu di udara.

Dan itu tentang aku.

Pada setiap hari selepas itu,
aku masih seperti aku,
bukan sesiapa semenjak dulu,
bukan sesiapa sehingga sekarang.

Dan itu semestinya tentang aku.

Sampai bilapun aku masih seperti ini,
akan selalu seperti ini.

Kerana aku tetap menjadi seorang aku.



//Dengan izin-Nya.




Jumaat, 11 Januari 2013

Kelas "Harapan Bonda"


Bermula dari kelas harapan bonda,
                             dunia menyendiri,
                             duka tak terteka,
                             rapuh tatkala berdiri.

Pada akhirnya,
dia kesatria,
dia manusia berjaya,
dia mampu mendidik anak bangsa.



//tentang lalu bukan apa-apa, tentang sekarang itu yang utama.

Khamis, 10 Januari 2013

Hukuman


Eh, neraca kau punya macam lain macam saja,
Berat sebelah barangkali.

Ini pada mata individu lain,
Individu yang lain-lain bagaimana pula?

Mari kita lihat siapa yang kena.

//timbang patah.

Rabu, 9 Januari 2013

Bukan Babu


Bukan babu untuk dijadikan hamba,
Bukan babu untuk diherdik hina,
Bukan babu untuk dimaki segala.

Eh?

Kalau babu sekalipun bukankah mereka tetap manusia?
Atau kau tu haiwan seperti serigala?


//bukan alas kaki sesiapa.

Selasa, 8 Januari 2013

Atas Nama Cinta


Cinta-
Bukan hanya untuk yang berbeza jantina,
Yang berkasih-kasihan tak ingat dunia,
Lupa laluan atas sfera,
Bukan.

Aku. 
Kamu. 
Kita.
Insan atas nama cinta.

Ayah bonda,
Kakak abang,
Adik dan yang lainnya.

DIA juga adalah CINTA. -Paling abadi sampai negara inderaloka sana.

Isnin, 7 Januari 2013

Kepompong


Kancah tempat semua manusia berfikir tentang yang sama,
Tidak punya beza,
Kalau ada mungkin cuma satu dua,
Tapi semuanya tetap lebih kurang sama.
Lebih-Kurang-Sama.

Ulangan pada laungan.

Kalau lari dari pentas singgahlah jadi penonton.
Kita pula yang memandang di atas pentas sana.
Hah bagaimana?

Pasti rasanya 2kali ganda beza.

Ahad, 6 Januari 2013

Aksara


Senjata pagi senapang patah,
Senjata senja keris dalam minda.

Kalau dulu gelutan dalam peperangan,
Sekarang pula gelutan dalam kata.

Luahkan aksara,
Agar bergemerlapan satu dunia.


//Batu Belah Batu Konkrit - MonoloQue

Sabtu, 5 Januari 2013

Warna


Biru kuning hijau dan jingga,
Pilih saja apa warna kau suka.

Kalau kau suka jingga dia suka biru muda,
Jangan pula kau nak cuba warna dia,
Kerana;
Kau dan dia berbeza.

Dan citarasa kalian pastinya berbeza.



// hidup bukan untuk jadi lalang.



Jumaat, 4 Januari 2013

Parasit


Awalnya-
Layu

Kemudiannya-
Singgah tak bercanang,
Pergi dengan bergendang.

Akhirnya-
Tinggalkan sisa,
Tanpa mengaku angkara siapa.

Tak guna.



// Bukan vampire pun

Khamis, 3 Januari 2013

Di Balik Awan

Siaran Ulangan - ratus kali


"Tempat ku melihat di balik awan
Aku melihat di balik hujan
Tempat ku terdiam tempat bertahan
Aku terdiam di balik hujan."
-Peterpan

//carilah apa yang kau mahu.

Rabu, 2 Januari 2013

Tempang


Tempang-tempang tak mahu menumpang.
Mahunya dia cuba sendiri.

Ini bagus.

Cumanya jadi tidak bagus bila;
Tempang mahu patahkan sendi sendiri.

Hulurkan tangan.
Kami bantu ringankan beban.

Dan kau cuba lagi dengan kami.
Untuk kali ini.



//oh ya , Selamat Menjawab dalam Peperiksaan teman. - Aku juga

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datang dan Pergi


2012

Catatan tahun itu sejarah dunia.
Nangis ketawa semua ada.

Tapi tahun itu paling kukuh.
Aku masih mampu berdiri teguh. 

Paling banyak laluan.
Aku berjaya hapuskan igauan.

Lampau itu susup-sasap.
Dan terus tertinggal tanpa mahu kembali meresap.

Terima Kasih untuk setiap kasih.
Terima Kasih untuk sayang.
Terima Kasih juga pada kenangan.
Ini bukan taruhan.
Ini tanpa bayaran.

Aku dah jalan.-terima kasih
Alhamdulillah.Syukur


2013

Aku mohon yang indah.
Aku pinta bukan resah.
Aku mohon yang berfaedah.
Aku pinta bukan kalah.

Dan seperti selalunya.
Allah telah aturkan yang Terbaik.

- cahaya sayup-sayup; muncul juga.





//Pertama- 40694400 detik yang lalu -jangan bilang guna jari nanti ketingalan 
Jiwa yang sedang berdansa pada paksi sfera. (senyum bak solja di medan perjuangan)